kulit depan adalah tanggal kelahiran. kulit belakang adalah pengakhiran kehidupan. setiap lembarannya adalah setiap hari dalam kehidupan kita. ada buku yang tebal. ada buku yang nipis. ada buku yang menarik untuk dibaca. ada juga yang membosankan. sekali tertulis tak boleh diubah kembali. namun, seburuk manapun halaman sebelumnya selalu akan ada halaman yang berikutnya. yang putih, bersih, baru dan kosong. macam tu jugaklah dengan kehidupan kita. seburuk manapun hari semalam, selalu akan ada hari yang baru untuk kita. kita selalu diberi kesempatan yang lain untuk melakukan sesuatu yang baru dalam kehidupan kita pada setiap hari yang mendatang dan kita masih boleh memperbaiki kesalahan kita dan mencoret kembali kehidupan kita sampailah saat usia berakhir yang sudah ditetapkan olehNya. terima kasih Allah. :) terima kasih untuk hari yang baru ini. akan ku isi tulisan yang indah untuk ku persembahkan padaMu nanti.
Air Mata Nabi Adam
Tahukah saudara, semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah s.w.t.
Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."
Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya dengan perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."
Subscribe to:
Posts (Atom)